Pemandangan Kawasan Kampung Seberang Kedai Limbang, Sarawak.
Saturday, 26 November 2016
Home Sweet Home Town - Kampung Seberang Kedai Limbang
Assalammualaikum dan salam sejahtera, ini adalah merupakan blog pertama saya. Dalam blog ini akan memperihalkan tentang keindahan tempat di mana saya dilahirkan, dibesarkan dan diberi ilmu pengetahuan sehingga saya mampu mencapai kejayaan saya sehingga ke tahap ini. Limbang merupakan satu daerah yang sangat kecil dalam Negeri Sarawak yang berhampiran dengan negara jiran kita iaitu Brunei. Kampung halaman saya iaitu Kampung Seberang Kedai pula terletak dalam daerah Limbang. Kampung ini mendapat nama daripada faktor geografi kerana terletak berhampiran sungai seperti Kampung Air di Negara Brunei dan berseberangan ataupun berhadapan dengan bandar Limbang. Tambahan pula, sebelum kampung ini diberi nama tersebut, kampung ini juga merupakan Pulau Buaya kerana terdapat banyak buaya serta bentuk bukit di hadapan kampung ini berbentuk seperti seekor buaya yang besar.
Location:
Limbang, Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APAKAH TEMPAT YANG MENARIK DI KAWASAN LIMBANG ?
ReplyDeleteantara tempat yang menarik, seperti Bukit Mas yang terletak betul-betul di depan kawasan kampung ini.. Lumpur berbuak iaitu lumpur yang terhasil dari larva gunung berapi yang telah pasif,lumpur tersebut baik untuk kecantikkan kulit dan memulihkan pelbagai jenis penyakit kulit dengan izin Allah.. Lumpur bebuak ni terletak di Kampung Meritam kira-kira 1 jam dari kampung seberang kedai..
DeleteAdakah buaya di kawasan Limbang membahayakan penduduk?
ReplyDeleteseperti yang kita tahu, buaya merupakan haiwan yang ganas serta terpelihara populasinya..so kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga sewaktu berada di kawasan sungai. Bagi pendapat saya, buaya yang ada kat sana tak mengganggu penduduk kerana kesibukkan penduduk di siang hari dengan menggunakan perahu dan berehat sepenuhnya di rumah pada malam hari..
Deletesemua tanya soalan. saya rindu limbang. Naik feri klau nak seberang. skrg limbang still pkai feri ka atau sudah siap jambatan tu?
ReplyDeletebuat masa sekarang masih menggunakan bot,sampan,perahu,kapal ataupun ferri.. perancangan sudah ada.. akan tetapi apabila jambatan itu telah siap dibina, penduduk kampung tetap akan menggunakan perahu untuk bekerja seperti nelayan.
DeleteNaaa. Ne bagus ne . kalau buat 2 3 kli aktiviti sna.. Bgs ne. Terbik bro
ReplyDeleteHello, nak tahu sejak bila air LAKU di pasang di KSK?
ReplyDelete