Tuesday, 29 November 2016
Home Sweet Home Town - Penghasilan Makanan Melalui Sumber Protien
Kampung Seberang Kedai merupakan salah satu tempat pembekal makanan. Sebagai contoh makanan yang popular seiring dengan kampung ini adalah "Ikan Tahai". Ikan Tahai merupakan satu jenis ikan yang boleh dibuat ataupun mempunyai pelbagai keistimewaan dalam penghasilannya sebagai makanan. Contohnya, dapat dijadikan sebagai keropok, sambal, lauk untuk dimakan bersama nasi dan sebagainya. Ikan Tahai juga merupakan makanan yang popular di daerah Limbang kerana rasa yang asli dan sedap. Makanan ini hanya ada di daerah Limbang dan Lawas. Ikan Tahai juga merupakan salah satu makanan eksport ke luar daerah seiring dengan permintaan yang banyak daripada penggemar Ikan Tahai.
Sunday, 27 November 2016
Home Sweet Home Town - Ekosistem Dan Pekerjaan Penduduk Kampung Seberang Kedai Limbang
Kebanyakkan penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan. Hal ini kerana sungai merupakan sumber utama untuk memperolehi sumber makanan ataupun punca rezeki bagi penduduk Kampung Seberang Kedai. Selain itu juga, ada juga penduduk yang mempunyai pekerjaan lain selain nelayan seperti bekerja sendiri, membaiki perahu, membaiki jala dan pukat, serta ada juga yang bekerja dalam agensi kerajaan. Faktor geografi kampung ini bukan menjadi satu penghalang bagi penduduk kampung untuk mencari rezeki. Bak kata pepatah "rezeki ada di mana-mana".
Home Sweet Home Town - Kelebihan Dan Keistimewaan Kampung Seberang Kedai Limbang
Antara kelebihan dan keistimewaan yang terdapat di Kampung Seberang Kedai adalah kampung ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dari segi struktur geografi. Kampung ini terletak berdekatan dengan kawasan bukit. Pada bahagian belakang kawasan kampung ini juga terdapat paya yang sangat luas dan terdapat hidupan flora dan fauna yang pelbagai. Pada waktu pagi, penduduk kampung ini dapat menikmati pemandangan yang sangat indah apabila matahari terbit pada waktu pagi di hadapan kampung ini dan pada waktu senja pula dapat menyaksikan matahari terbenam di belakang kawasan kampung. Selain itu, kampung ini juga mempunyai air sungai yang sangat cantik dan jernih. Mempunyai hidupan akuatik yang pelbagai. Penduduk kampung juga dapat memperolehi sumber akuatik yang segar. Penduduk kampung juga senang untuk pergi ke bandar ataupun pekan kerana terletak berdekatan dengan kampung.
Saturday, 26 November 2016
Home Sweet Home Town - Kampung Seberang Kedai Limbang
Assalammualaikum dan salam sejahtera, ini adalah merupakan blog pertama saya. Dalam blog ini akan memperihalkan tentang keindahan tempat di mana saya dilahirkan, dibesarkan dan diberi ilmu pengetahuan sehingga saya mampu mencapai kejayaan saya sehingga ke tahap ini. Limbang merupakan satu daerah yang sangat kecil dalam Negeri Sarawak yang berhampiran dengan negara jiran kita iaitu Brunei. Kampung halaman saya iaitu Kampung Seberang Kedai pula terletak dalam daerah Limbang. Kampung ini mendapat nama daripada faktor geografi kerana terletak berhampiran sungai seperti Kampung Air di Negara Brunei dan berseberangan ataupun berhadapan dengan bandar Limbang. Tambahan pula, sebelum kampung ini diberi nama tersebut, kampung ini juga merupakan Pulau Buaya kerana terdapat banyak buaya serta bentuk bukit di hadapan kampung ini berbentuk seperti seekor buaya yang besar.
Pemandangan Kawasan Kampung Seberang Kedai Limbang, Sarawak.
Subscribe to:
Posts (Atom)